Pages

Translate

Wednesday, January 18, 2012

Panduan Membuka Akaun Google

Syarat paling utama untuk membina blog dengan blogspot ialah anda perlu ada akaun google. Jika anda mempunyai akaun email gmail, secara automatik anda telah mempunyai akaun google. Jika anda tidak mmpunyai akaun email gmail, anda boleh mendaftar email anda sedia untuk membuka akaun google.


Cara untuk membuka akaun google:
(sila klik gambarajah untuk rujukan lebih jelas)


1) Buka halaman http://www.google.com/
Klik pada link "Sign in" di sebelah kanan bahagian paling atas laman web.



2) Paparan di bawah akan muncul. Klik pada link "Create an account now"



3) Borang seperti dalam gambarajah berikut akan muncul. Sila isi maklumat anda pada borang ini seperti panduan yang tertulis di dalam gambarajah.



4) Setelah tekan butang "I accept. Create my account", anda akan ke halaman berikut dengan arahan untuk pengesahan email anda. Sila semak email anda dan klik link yang diberi untuk pengesahan (confirmation).



Setelah anda klik pada link pengesahan, anda telah berjaya membuka akaun dengan google.
Tahniah!


Sekarang anda boleh membina laman blog anda sendiri dengan blogspot. 
Gunakan alamat email anda sebagai 'username' dan password yang telah anda daftar tadi.


Selamat berjaya!

No comments:

Post a Comment